MAKLUMAT PRODUK ZATHURA 2023

MAKLUMAT PRODUK ZATHURA 2023




Hai, saya Mastura Rashid.

Selamat datang ke halaman info produk Zathura untuk tahun 2023.
Untuk pengetahuan anda, produk yang ada adalah on sale-basis. Maksudnya, tidak semua produk adalah ready stock. Disebabkan majoriti produk adalah homemade, maka setiap produk mengambil sedikit masa untuk disiapkan, dan hanya akan dikeluarkan pada waktu sale tertentu saja.



1. V-CARE 40ml
Merapi, merapat, merawat dan memperbaiki hubungan asmara



Bahan: Kacip fatimah, sireh, roselle, manjakani, daun pudina


KENAPA ANDA PERLUKAN V-CARE?

Dihasilkan untuk membantu para wanita terutamanya isteri yang alami perubahan faraj yang ketara selepas bersalin.

Senaman kegel (kemut) dan diet yang berkaitan juga sangat berkesan dengan sapuan V-Care ni. 

Jika anda ada masalah seperti di bawah:

  • Faraj longgar hingga hubungan seks jadi hambar dan hilang nikmat bersama
  • Seluar dalam sentiasa basah dan perlukan pantyliner sentiasa
  • Gatal merenyam hingga mengganggu aktiviti harian
  • Faraj gelap yang menimbulkan rasa malu ketika bersama
  • Faraj berbau dan menganggu aktiviti seks bersama suami, dan juga menimbulkan rasa tak selesa ketika di tempat orang ramai
  • Mempunyai masalah bisul dan jerawat faraj yang tak surut
  • Alami smegma dan kegatalan berulang
  • Kulit sekitar faraj kasar dan berparut
  • Bibir faraj kendur dan tak menarik
  • Wanita berusia yang alami faraj longgar, kekenduran dan sering terkencing ketika batuk, ketawa, lompat


Maka V-Care sangat sesuai untuk anda!

Hanya pakai 2 kali sehari, iaitu pagi dan malam sebelum tidur, masalah faraj akan berkurangan. Tak perlu bilas dengan air selepas pakai. V-Care bertindak seperti serum.



FEEDBACK V-CARE







2. PEGAGA SERUM 30ml
Mencerah, memudar parut, mempercepat regenerasi sel kulit dan memberi kesan reverse aging pada kulit



Bahan: Aqua, allantoin, olive oil peg-7 esters, hyaluronic acid, pure centella asiatica extract


KENAPA ANDA PERLUKAN MORINGA SOAP?

Herba pegaga adalah herba yang terbukti secara saintifik sebagai reverse-aging herb. Maka serum ini dihasilkan khas untuk membantu para wanita yang sudah masuk usia matang di mana kulit sedang alami kemerosotan keanjalan dan keremajaan. 

Senaman muka setiap pagi dan diet yang baik juga sangat berkesan dalam membantu kulit lebih sihat dan remaja.


Jika anda ada masalah kulit seperti di bawah:

  • Kulit muka dan leher kendur
  • Kusam
  • Kering
  • Ada garis kedut
  • Berparut
  • Sunburn
  • Berjeragat
  • Tekstur kulit yang 'leathery' akibat sering terdedah kepada cahaya matahari. Tekstur leathery ini tebal, keras dan mempunyai lubang-lubang seperti barangan kulit


Maka Pegaga Serum ini sangat sesuai untuk anda!

Hanya pakai 2 kali sehari, iaitu pagi dan malam sebelum tidur, kondisi kulit akan bertambah baik. Pakai selepas Fermented Rice Water untuk kesan yang lebih baik.



FEEDBACK PEGAGA FACE SERUM









3. HAPPY JUICE HALIA BENTONG 350ml

Membakar lemak, mengurangkan sakit sendi, mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman ibu bersalin dan meningkatkan kualiti kesihatan tubuh badan



Bahan: Lemon, madu, bawang putih, halia bentong, cuka epal


KENAPA ANDA PERLUKAN HAPPY JUICE?

Senaman dan diet yang dilakukan sangat berkesan dengan amalan minum jus ni. Resipi asal telah ditambah baik dengan kombinasi bahan-bahan dan equipment yang lebih berkualiti (heavy duty juicer), yang menghasilkan PERAHAN JUS SEBENAR tanpa hampas.


1. Jika anda:

  • Sedang berusaha menurunkan berat badan dengan cara natural dan selamat tanpa kesan sampingan. Badan akan kekal bertenaga dan proses fat burning lebih efektif. Bahan-bahan yang digunakan boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Maka proses fat burning jadi lebih cepat dan efektif.
  • Mahu jadikan intermittent fasting (IF) sebagai gaya hidup tapi dalam masa yang sama mahu kekal bertenaga.
  • Mahu bersenam tapi susah berpeluh dan bimbang sakit otot keterlaluan. Maka Happy Juice Halia Bentong ini sangat sesuai diminum untuk kurangkan keradangan dan cepatkan badan berpeluh.
  • Ibu-ibu yang sedang berpantang. Proses penyembuhan luka akan jadi lebih cepat kerana kandungan vitamin C yang tinggi dalam jus. Berat badan juga akan cepat turun, journey to the toilet akan jadi lebih aman, badan tidak kembang air, aliran darah lebih hangat dan kondisi kulit juga akan bertambah baik. Jus halia bentong buatkan badan ibu hangat sepanjang hari.
  • Selalu kembung perut dan senak dada akibat angin.
  • Orang tua yang ada masalah sakit lutut dan sakit sendi. Halia sangat bagus untuk masalah sakit sendi.
  • Ingin menjaga kesihatan saluran darah dari kolestrol tebal.
  • Mudah diserang asma waktu cuaca sejuk. Happy Juice Halia Bentong buatkan dada rasa lebih hangat dan selesa.


Maka Happy Juice Halia Bentong sangat sesuai untuk anda amalkan setiap hari!


2. Ibu-ibu menyusu dan mengandung boleh minum?

Ya, boleh sangat. Ibu menyusu pasti ingin dapatkan berat badan idaman bukan? Lagi pula ibu yang menyusu ni akan jadi kuat makan kerana cepat lapar. Maka segelas Happy Juice Halia Bentong setiap pagi mampu membantu lemak ibu terbakar dengan lebih cepat, kerana ia tingkatkan kadar metabolisma badan. Tambahan pula aktiviti menyusu mampu membakar hingga 500 kalori sehari.

Untuk ibu mengandung pula, segelas Happy Juice mampu mengurangkan rasa loya, mual, pening dan senak dada di trimester pertama. Apabila kandungan makin besar, ibu akan mengalami masalah water retention yang teruk yang menyebabkan ibu bengkak-bengkak kaki dan cepat letih. Maka segelas Happy Juice Halia Bentong sangat membantu masalah ini. Mulakan dengan 1/2 sudu besar saja. Adjust sukatan apabila sudah serasi.


3. Saya ada gastrik, boleh ke minum?

Boleh, dengan syarat alas perut dulu sebelum minum. Bukankah doktor juga akan nasihatkan perkara yang sama, iaitu wajib alas perut di waktu pagi supaya tiada acid reflux berlaku yang mengakibatkan gastrik bertambah teruk?


4. Macamana dengan kencing manis, darah rendah dan darah tinggi?

Untuk kencing manis, jika doktor benarkan anda makan madu, maka segelas Happy Juice Halia Bentong tiada masalah. Kerana anda cuma makan 1 sudu besar saja Happy Juice saja setiap pagi. Ada yang berkongsi cerita kencing manis suaminya kini terkawal selepas amalkan Happy Juice, sedangkan sebelum ni dah cuba bermacam cara namun gagal.

Untuk darah rendah/tinggi, tiada masalah. Mulakan dengan 1/2 sudu besar saja.

TAPI AWAS, JIKA ANDA PESAKIT BUAH PINGGANG, ANDA TAK BOLEH MINUM JUS INI KERANA IA BERSIFAT DIURETIK (menggalakkan kencing).


5. Boleh lose weight dengan Happy Juice Halia Bentong?

Ya betul. Ada yang dah hilang 5kg selepas amalkan Happy Juice Halia Bentong ni selama sebulan. ^^ Pastikan anda minum waktu pagi dan ambil sarapan ringan. Jangan telan 5 pinggan nasi lemak pula. Kemudian buatlah light exercise atau house chores. Serius badan akan cepat sangat berpeluh. Janganlah harap dengan minum jus ni saja akan kurus. Banyakkan bergerak. Turun naik tangga pun dah ok. Just kickstart your metabolisme and sweat till wet.


6. Ada pengawet, pewarna atau sibutramine (racun kurus) tak?

Tidak. Mustahil untuk saya gunakan bahan-bahan sebegini yang memudaratkan. Konsep produk-produk Zathura adalah produk alami tanpa kesan instant yang menggunakan bahan kimia memudaratkan.


7. Kalau tengah period boleh minum?

Ya boleh dan digalakkan. Sangat bagus untuk redakan senggugut, kembung perut, senak dan cramping hingga badan mengerekot. Bila senggugut, pasti badan kita rasa macam sejuk-sejuk kan? Maka segelas Happy Juice Halia Bentong mampu mengurangkan sakit dan panaskan badan.


8. Lelaki boleh minum?

Boleh sangat. Jus ini boleh diminum oleh lelaki dan wanita. Bukan feminine juice semata kerana ia tiada herba wanita yang boleh buatkan kelelakian merundum tiba-tiba. Jangan tak tahu, bahan-bahan dalam Happy Juice Halia Bentong membantu meningkatkan aliran darah ke alat sulit dengan cemerlang! Bawang putih dan madu antara bahan efektik yang merangsang aliran darah ke seluruh badan dengan lancar.

Lelaki yang bekerja berat, minumlah segelas dua Happy Juice Halia Bentong untuk tenaga berpanjangan okay.


9. Berapa lama sebotol boleh diminum? Tak rosak ke kalau pos?

Happy Juice Halia Bentong ada 2 saiz. Saiz 750ml (besar) boleh diminum untuk 50 hari.

Dan saiz kecil 350ml boleh diminum untuk 23 hari.

Jangan risau ya. Happy Juice adalah jus yang dimasak dengan sangat lama dengan tujuan meningkatkan ketahanan apabila disimpan pada suhu bilik. Untuk ketahanan lebih lama, just KEEP IT REFRIGERATED.


10. Aturan minum waktu berpuasa?

Jadikan Happy Juice Halia Bentong sebagai refreshing drink waktu berbuka. Caranya 2 sudu besar Happy Juice Halia Bentong ditambah ke dalam 500ml air. Buat cair saja. Tak perlu pekat.

Nak minum waktu bersahur pun boleh. Kaedahnya sama seperti kaedah minum waktu berbuka.

Pedas tapi sungguh menyegarkan!



FEEDBACK HAPPY JUICE

Ingat main golf tak penat? Serius penat! Round padang, berjalan ke sana sini. Tapi kakak ni tetap bertenaga tau.


Ala comelnya dia. Sambil joging sambil terkentut-kentut dia. Bayangkan angin yang dah lama berkumpul tiba-tiba dipaksa keluar waktu berlari. Mujur orang belakang takde kann. Nampak tak betapa HAPPYnya dia? ^^


Happynya pakcik bila kaki dah tak bengkak-bengkak kerana water retention. Ingat ya, water retention sangat bahaya untuk badan kerana ia menjejaskan aliran darah dan kelancaran proses detox body fluid.


Wahhh dia dah turun 1kg! Happynya dia. Makin comel dan lawa jelita nampaknya. Okay, 1st, kita kena tahu yang badan kita ada berat air. Berat air ni menyumbang kepada kegemukan dan berat badan berlebihan. Bila proses perkumuhan body fluid berjalan lancar, berat pasti akan turun!


Perut ringan, kaki dah tak sakit, penghadaman lancar dan peluh mencurah-curah, wooww!
Kaki sakit tu juga antara simptom water retention. Jika anda bangun pagi dengan kaki bengkak dan berlubang bila ditekan dengan jari, haaa itu tanda water retention okehh.




4. MORINGA SOAP
Memulihkan kulit ekzema dan sebagai 1st mild cleansing soap untuk remaja berjerawat



Bahan utama: daun moringa, minyak delima

KENAPA ANDA PERLUKAN MORINGA SOAP?

Antara sabun berherba yang paling berkesan untuk:

  • Bayi yang kulitnya masih sensitif dan halus
  • Orang tua yang kulitnya nipis dan mudah alah pada sabun komersial
  • Remaja yang mempunyai kulit muka berminyak dan berjerawat.
  • Mengurangkan bau badan

EFEK MORINGA SOAP PADA KULIT

  • Melembutkan kulit kasar
  • Merawat luka-luka kecil di kulit
  • Mengecutkan jerawat
  • Mencerahkan kulit


FEEDBACK MORINGA SOAP








5. HEALING LIP BALM
Mencerah, melembut dan merawat bibir gelap



Bahan: Rose & calendula infused in virgin olive oil, cocoa butter, shea butter, propolis, beeswax, candelilla wax, carnauba wax, rose oil


KENAPA ANDA PERLUKAN HEALING LIP BALM?

Lipbalm istimewa yang dihasilkan khas dari bunga ros dan propolis. Kedua-dua bahan alami ini telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk merawat masalah kulit dan mencantikkan semula kulit yang bermasalah. Untuk masalah bibir gelap, propolis sangat baik untuk meneutralkan semula warna bibir dan mengembalikan bibir merah yang sihat.


1. Jika anda:

  • Mempunyai bibir yang sensitif dan mudah luka
  • Mempunyai bibir yang kasar dan kering
  • Mempunyai bibir yang hitam akibat salah guna lipstik/produk bibir yang ada banyak bahan kimia
  • Gemarkan bibir yang lembab tanpa pewarna
  • Mahukan pelembab bibir yang boleh dipakai pada bila-bila masa termasuk di rumah
  • Mahukan pelembab bibir yang selamat dan natural tanpa bahan kimia yang merosakkan bibir

 

2. Maka Healing Lip Balm ini adalah pelembab bibir paling sesuai kerana:

  • Mengandungi minyak zaitun dara yang diinfuse bersama bunga mawar dan calendula, minyak pati mawar, propolis, shea butter dan cocoa butter
  • Mengurangkan kesan hitam di bibir
  • Merawat bibir luka, kering dan berdarah
  • Mengurangkan kesan UV matahari
  • Mengelakkan bibir dari cepat berkedut
  • Melembab dan jadikan bibir cantik, halus dan licin
  • Menanggalkan kulit kering di bibir

FEEDBACK HEALING LIPBALM

Jom tengok apa kata mereka yang dah gunakan lipbalm ini, yeayy!


Sekali calit, luka di bibir anak yang berusia 5 tahun terus lenyap. Teruja sungguh dia waktu berkongsi cerita!










6. DAUN HARIMAU BERANAK
Memulihkan kesihatan badan dan emosi ibu bersalin



Bahan: Daun harimau beranak yang telah dikeringkan secara semulajadi


SIAPA PERLUKAN DAUN HARIMAU BERANAK?

  • Ibu berpantang. Memulihkan kestabilan emosi dan kesihatan badan ibu-ibu selepas bersalin. Tak perlu makan jamu lain jika amalkan daun harimau beranak. Jika diamalkan secara berterusan sejak awal kelahiran bayi, insyaAllah ibu akan terasa sangat cergas dan boleh membuat kerja-kerja ringan mulai hari ke-7.
  • Orang yang selalu alami masalah sejuk-sejuk dan kebas. Biasanya dialami oleh orang-orang tua.
  • Orang lelaki dan perempuan yang alami masalah sembelit, buasir, lemah-lemah badan, angin medu, sakit urat dan aliran darah yang tak lancar.
  • Suami dan isteri. Yang ada masalah hubungan suami isteri yang hambar dan sukar terangsang.
  • Wanita tua dan muda. Yang ada masalah rahim jatuh, kembang hingga mengganggu urusan harian. Wanita yang selalu alami darah istihadhah juga sesuai amalkan.

FEEDBACK DAUN HARIMAU BERANAK

Tombong dah mula kecut




Direzekikan mengandung walaupun ada endometriosis dan dah
dimaklumkan oleh doktor tentang peluang nipis untuk mengandung



Badan ringan dan sembelit hilang



Faraj jadi rapat dan kemas









6. LIP BLUSH
Merawat bibir gelap, menghaluskan bibir, melindungi dari sinar UV dan memperbaiki warna asal bibir



Bahan utama: Minyak kelapa dara, minyak argan, minyak lavender, beeswax, candelilla wax

KENAPA ANDA PERLUKAN LIP BLUSH?


  • Mengandungi minyak kelapa dara, shea butter, minyak argan dan minyak pati lavender.
  • Ditambah pelindung matahari untuk mengelakkan bibir hitam, kering, kecut dan berkedut.
  • Mengurangkan kesan hitam di bibir. 
  • Merawat bibir luka, kering dan berdarah.
  • Melindungi bibir dari sinar UV.
  • Mengelakkan bibir dari cepat berkedut.
  • Melembab dan jadikan bibir cantik, halus dan licin.
  • Menanggalkan kulit kering di bibir.
  • Boleh dijadikan blusher selain lip balm.
  • Jika anda perokok, lip blush boleh mengurangkan kesan hitam bibir, kecut, kering ekstrim dan kedut akibat kesan merokok.
  • Mengekalkan kelembapan bibir walaupun ketika cuaca sejuk dan panas ekstrim.




FEEDBACK LIP BLUSH





Terima kasih, pembelian dan sokongan anda amat bermakna buat Zathura! (✿◡‿◡)